Berita UtamaDunia

Taliban rayu bantuan disekat disalurkan semula

Tumpuan isu keselamatan warga AS di Afghanistan

DOHA, 4 Rabiulawal 1443H, Isnin – Perbincangan antara delegasi Taliban dan negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) berlangsung secara profesional, kata jurucakap Jabatan Negara AS.

Ned Price berkata, dalam rundingan yang berlangsung di Doha, kedua–dua pihak memfokuskan kepada isu keselamatan, kebimbangan keganasan serta hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan.

Pertemuan delegasi merupakan kali pertama diadakan secara bersemuka sejak Taliban mengambil alih pentadbiran pada 15 Ogos lalu.

“Perbincangan ini berlaku secara telus dengan delegasi AS menegaskan Taliban akan dinilai dengan tindakan sahaja dan bukannya melalui janji sahaja.

“Delegasi AS juga memberi penumpuan kepada isu keselamatan serta keselamatan warga AS dan warga asing di Afghanistan,” katanya.

Malah tumpuan juga turut diberikan berkaitan bantuan kemanusiaan AS khusus untuk kegunaan rakyat di Afghanistan.

Delegasi Afghanistan diketuai oleh pemangku Menteri Luar, Mullah Amir Muttaqi turut menggesa bantuan kemanusiaan dan aset yang dibekukan disalurkan semula.

Malah pihaknya menuntut pihak antarabangsa mengiktiraf Afghanistan sebagai negara yang sah.

Taliban sebelum ini mengumumkan barisan Kabinet disertai lelaki sahaja untuk mentadbir negara ketika krisis kemanusiaan yang memuncak di Afghanistan

Keadaan menjadi lebih parah apabila bantuan antarabangsa termasuk Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia dihentikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button