Berita UtamaIstimewa

UMNO sekarang makin cair, asalkan di puncak kuasa meski umur ‘dah tak sesuai’

Kembalikan roh perjuangan pimpinan UMNO dahulu

BANGI, 4 Rabiulawal 1443H, Isnin – Ahli-ahli UMNO perlu menghidupkan semangat perjuangan ‘dahulu’ dengan tampil berani menegur, menyedarkan dan mengubah pucuk pimpinan mereka.

Sekiranya mereka gagal kembali kepada dasar perjuangan pemimpin UMNO dahulu, pasti rakyat akan melakukannya kerana sudah semakin meluat sandiwara ketika ini.

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan, bezanya dahulu dan kini, pemimpin sekarang mahu berada di tampuk kuasa hingga ke akhir hayat mereka meskipun usia dan tenaga tidak membenarkan lagi.

“Semua jadi boleh, asalkan dapat berada di puncak kuasa. UMNO semakin cair. Perebutan kuasa menjadi percaturan sehingga melemahkan bangsa dan agama yang dianutinya.

“Mereka akan cantas siapa sahaja yang cuba menggantikan tempatnya daripada jawatan ketua kampung, penghulu, ketua cawangan, bahagian sehingga peringkat yang lebih tinggi dalam kerajaan, meskipun yang mencabarnya itu jauh berwibawa dan berkelayakan,” katanya.

Dalam kata lain, sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat kuasa mereka akan dicantas secepatnya.

“Pendek kata, sekarang UMNO dipersepsikan hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk agama, bangsa serta negara.

“Saya tidak kata semua, tetapi persepsi adalah sebegitu. Biasanya, dalam politik persepsi itulah realiti politik sebenar. UMNO sepatutnya belajar daripada PRU14, yang menjadikan parti keramat tidak dapat lagi menjadi pemerintah.

“Meskipun, sekarang kembali berkuasa, itu bukan jaminan, masih terumbang-ambing. Bila-bila boleh tumbang jika lompatan berlaku,” katanya menulis di kolumnis Ismaweb.net hari ini.

Beliau tidak menafikan bahawa UMNO masih boleh terus berkuasa, jika menyeberang kepada parti pembangkang.

Ini kerana apabila majoriti tidak banyak, semua boleh menjadi ‘king maker’ atau norma baharu politik, katanya.

“Persoalannya, di manakah prinsip perjuangan UMNO dahulu?

“Hairan sama sekali, ingatlah PRU14, adalah merupakan amaran terakhir kepada UMNO daripada rakyat mendepani PRU15. Malangnya, iktibar ‘masih belum’ dipelajari dengan kelemut terbaharu di Melaka, sehingga tidak mustahil kepada kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Ingat! Kemenangan UMNO dalam PRU13 disebabkan rakyat tidak ada pilihan. Mereka amat takut jika pemimpin Melayu ultra kiasu menang bersama dengan ultra kiasu DAP, maka akan hancurlah harapan orang Melayu. Maka, mereka masih memilih UMNO. Peluang masih diberikan kepada UMNO,” katanya.

BACA PENUH ULASAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI KOLUMNIS ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button