Berita UtamaDunia

13 maut bas ‘terjun’ sungai

Pemandu tak endah amaran, tetap seberangi jambatan

BEIJING, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Pihak berkuasa China mengesahkan 13 orang maut selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai yang deras di tengah banjir besar yang menyebabkan 15 kematian lain di utara.

Penyiar negara, CCTV berkata, 37 orang yang lain telah diselamatkan – tujuh di antara mereka dimasukkan ke hospital – dan pemandu bas itu telah ditahan.

Lapornya, seorang lagi penumpang masih hilang.

Insiden itu berlaku semalam selepas hujan lebat mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman dan memenuhi kawasan ladang di dua wilayah berhampiran ibu negara Beijing.

Laman sesawang berita rasmi, The Paper berkata, pemandu bas tidak mengendahkan amaran untuk tidak cuba menyeberangi jambatan yang hampir dipenuhi air banjir.

Video yang disiarkan dalam talian menunjukkan penumpang berada di atas bas yang hampir tenggelam ketika air mengalir di jambatan berdekatan di luar ibu kota Hebei, Shijiazhuang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button