Berita Utama

Belanjawan Alternatif 2022 BERJASA tekankan pemulihan identiti watan

Usaha pulih, perkasa tapak warisan dunia termasuk tapak ekskavasi Sungai Batu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Parti BERJASA akan melancarkan Belanjawan Alternatif 2022 yang disebut sebagai belanjawan berwibawa untuk tahun kedua berturut-turut. 

Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Oktober 2021 dua hari sebelum pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat. 

Ketua Penerangannya, Hazwan Mohamad berkata, belanajwan berwibawa daripada BERJASA kali ini akan memfokuskan usaha pemulihan ekonomi rakyat pasca pandemik. 

“Belanjawan Alternatif BERJASA akan menyentuh soal kebajikan rakyat dalam kalangan B40 dan M40, golongan rentan (vulnerable group), sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME), sektor perkhidmatan awam dan swasta dengan mengusulkan pelbagai pemberian insentif dan galakan.

“Belanjawan ini juga turut menekankan sektor terkesan akibat pandemik antaranya sektor kesihatan awam, pendidikan dan pelancongan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, antara perkara lain yang bakal dimuatkan dalam belanjawan ini adalah insentif khas pengekalan dan pemulihan identiti watan.

“Sebagai contoh, usaha memulihara dan memperkasa tapak warisan dunia termasuk usaha menyeluruh berkaitan tapak ekskavasi Sungai Batu yang diiktiraf sebagai Tamadun Tertua Melayu,” katanya.

BERJASA juga akan menekankan usaha pengukuhan fiskal negara dalam perincian belanjawan yang mana menyentuh aspek penjimatan belanja kerajaan terhadap kos tidak penting dan urustadbir perbendaharaan negara yang lebih telus.

Belanjawan 2022 akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Belanjawan 2022 memfokuskan tiga dasar utama iaitu memacu pemulihan ekonomi (recovery), membina semula daya tahan negara (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button