Berita Utama

Pergerakan rentas negeri meningkat 14 peratus

Syarikat konsesi lebuh raya diminta pastikan pengudaraan baik, laksana penjarakan fizikal di R&R

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Pergerakan kenderaan merentas negeri di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) meningkat 14 peratus secara keseluruhan, setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perjalanan menuju ke arah utara melalui PLUS adalah yang tertinggi, semalam dengan peningkatan kenderaan sebanyak 20.5 peratus.

“Sementara pergerakan rentas negeri ke arah selatan di PLUS pula meningkat 15.4 peratus, manakala pergerakan menuju ke Lembah Klang turut meningkat 9.7 peratus.

“Kami akan terus memantau corak penyakit dan data mobiliti untuk mengunjurkan kemungkinan penularan wabak,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Pada masa sama, Khairy turut menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan TRISS, iaitu test (ujian), report (lapor), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan) dan seek (mendapatkan rawatan segera).

Selain itu, beliau mengingatkan syarikat konsesi lebuh raya supaya memastikan pengudaraan baik dan penjarakan fizikal dilaksanakan di lokasi berisiko tinggi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya.

“Pemegang konsesi lebuh raya akan diingatkan supaya memastikan lokasi berisiko tinggi seperti surau di R&R memiliki aliran udara yang baik dan ditanda untuk penjarakan fizikal, sebelum aktiviti rentas negeri beramai-ramai yang dijangkakan pada hujung minggu ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button