Berita Utama

Selagi tak mansuh sekolah vernakular usaha perpaduan akan gagal

'Tak perlu roboh SJKC, tukar pada sekolah kebangsaan sepenuhnya'

BANGI, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Sistem pendidikan pelbagai aliran yang membenarkan pengasingan etnik pada usia muda hanya menyukarkan usaha perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sedangkan, asas pemupukan perpaduan terletak di sekolah satu aliran yang sememangnya sudah diamalkan sejak sekian lama di negara-negara lain.

Malangnya, di Malaysia, pejuang sekolah vernakular masih ‘dimanjakan’ termasuk diberi peruntukan, demi meraih sokongan politik sekali gus memusnahkan harapan mewujudkan sekolah satu aliran.

Sejak dahulu, perkara paling kritikal di sekolah vernakular adalah penggunaan bahasa yang mana bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan. 

Naib Pengerusi PEMBELA, Mohd Nor Izzat Johari berkata, di sekolah vernakular bahasa Mandarin menjadi bahasa utama mereka, manakala bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar kedua.

“Duduk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa kebangsaan diletakkan sebagai bahasa kedua. Mana perpaduan? Lagu kebangsaan pun ramai pelajar tak pandai. Mana kenegaraan yang patutnya ada dalam jati diri pelajar tersebut?

“Bantuan untuk SJKC telah diterima dengan banyak, tetapi tak angkat aspek kenegaraan. Inilah akibatnya apabila mereka berpaksikan kepada negara luar,” katanya dalam rancangan Dimensi yang disiarkan TV Pertiwi, hari ini.

Atas dasar itu, beliau menegaskan, sekolah vernakular perlu dimansuhkan dan ditukarkan menjadi sekolah kebangsaan dengan kadar segera.

“Kita tak minta robohkan SJKC, kita nak jadikan ia sekolah kebangsaan sepenuhnya. 

“KPM kena ambil berat tengok apa kelebihan yang ada dalam sekolah vernakular, lalu diberi kepada sekolah kebangsaan,” katanya.

Pautan Dimensi;

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/946788692852824/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button