Berita UtamaDunia

Rejim penjajah peras ugut petani Palestin, halang tuai zaitun

ICRC bagi amaran keras supaya tidak ganggu hak Palestin

TEBING BARAT, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Petani Palestin sekali lagi berdepan risiko kehilangan mata pencarian di sekitar Tebing Barat dan beberapa bandar lain apabila berdepan ‘gangguan dan keganasan’ daripada rejim haram Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dalam satu kenyataan menggesa rakyat Palestin diberikan laluan akses yang selamat menuju ke kebun-kebun zaitun di Tebing Barat.

“Setiap tahun ICRC menyaksikan pelbagai kekerasan dilakukan oleh rakyat Israel yang tinggal di penempatan dan kawasan tertentu di Tebing Barat terhadap petani Palestin.

“Mereka melakukan kekerasan dengan merampas pelbagai barang setiap kali menjelang musim menuai buah zaitun,” kata Ketua Misi ICRC di Baitulmaqdis, Els Debuf.

Malah, petani Palestin juga berdepan serangan peribadi bagi menghalang aktiviti tuaian dengan merosakan pelbagai barangan milik petani.

Terbaharu, Israel membakar pokok-pokok zaitun yang matang dan menunggu untuk dituai.

Setiap tahun bermula Oktober hingga ke November musim zaitun ditunggu-tunggu oleh masyarakat Palestin.

Berdekad hasil zaitun menjadi pergantungan ekonomi utama mereka, kerana 48 peratus daripada tuaian zaitun adalah pertanian terbesar ditanam di Tebing Barat dan Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button