Berita Utama

301 guru di Pahang masih belum vaksin

Tindakan diambil jika gagal terima suntikan sebelum 1 November

KUANTAN, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Seramai 301 guru di Pahang dikenal pasti masih belum mengambil suntikan vaksin, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata, guru berkenaan diberi tempoh sehingga 1 November depan untuk berbuat demikian.

Sekiranya mereka gagal mengambil vaksin dalam tempoh itu, tindakan bakal diambil bergantung kepada arahan selanjutnya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), katanya.

Dalam pada itu, Rosli memaklumkan sehingga kini program vaksinasi dalam kalangan guru di negeri ini mencapai 98.38 peratus manakala 99.04 peratus dalam kalangan kakitangan bukan guru.

“JPN Pahang menjangkakan bilangan penerima vaksin dalam kalangan guru di negeri ini akan meningkat menjelang 1 November depan,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Pemuafakatan Antara Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Sementara itu, Rosli berkata, bagi program vaksinasi pelajar sekolah berusia 12 tahun di Pahang mencapai 80.6 peratus, pelajar 13 hingga 15 tahun (84.36 peratus) dan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun (86.55 peratus).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button