Berita Utama

Bekas MB Johor kena serangan strok

Osman dipindahkan ke hospital di ibu negara hari ini

JOHOR BAHRU, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan terkena serangan strok di rumahnya, pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor, Md Nasir Hashim berkata, ADUN Kempas itu dikejarkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan perubatan.

“Dia (Osman) mengalami strok antara pukul 10 pagi dan 11 pagi (dan) segera dibawa ke hospital,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, Osman akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur hari ini.

“Setakat ini, saya tidak mengetahui yang terkini mengenai keadaannya tetapi saya akan menziarahinya di Kuala Lumpur esok dan berdoa agar dia dapat bertahan dalam kejadian yang tidak dijangka ini,” katanya.

Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama dari Bersatu selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau memegang jawatan selama kira-kira 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button