Berita UtamaDunia

Belum masa iktiraf kerajaan Taliban: Menteri Qatar

Desak Taliban bertanggungjawab dan pelihara hak rakyat

DOHA, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Qatar mengakui mengiktiraf kerajaan Afghanistan bukan sesuatu keutamaan buat masa ini, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada pentadbiran baharu dalam menangani krisis kemanusiaan.

Justeru, Utusan Khas Menteri Luar Qatar, Mutlaq ak- Qahtani menggesa Taliban bertanggungjawab dan menghormati hak wanita untuk bekerja dan menghadiri sesi persekolahan.

“Kami merasakan mengiktiraf kerajaan bukan satu keutamaan tetapi apa yang lebih penting adalah soal kemanusiaan, pendidikan dan kebebasan kepada rakyatnya sendiri,” kata Mutlaq ketika menghadiri forum keselamatan di Doha.

Beliau menerangkan kenapa Qatar mahu mendekatkan diri dengan Taliban, yang selama ini bertahun-tahun tidak mempedulikan negara berkenaan.

Walaupun Taliban kini mendesak masyarakat antarabangsa mengiktiraf pentadbiran dan bersetuju dengan penjanjian keamanan dengan Amerika Syarikat (AS), namun Taliban masih lagi dengan pendirian degil dan mengamalkan undang-undang yang kasar.

“Sekiranya kita semua terus membiarkan Taliban bersendirian dan tidak mengawasi mereka, saya fikir kita semua akan melakukan kesalahan yang sama seperti berlaku 1989 menyebabkan rakyat Afghanistan terus terseksa.

“Salah satu daripada kesannya akan berlaku tragedi 9 September, yang sepatutnya kita semua mempelajari daripada itu semua,”katanya.

Sebelum ini ketika Taliban berkuasa sekitar tahun 1990-an, hanya tiga negara yang mengiktirafnya namun buat kali ini tiada sesiapa yang mengiktirafnya walaupun pihaknya merayu ke arah perkara berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button