Berita Utama

Pemimpin kita perlu berani mansuhkan sekolah vernakular

'Nak wujudkan perpaduan kena berkorban, jika tidak jadi angan-angan saja'

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Strategi yang tepat dan perancangan teliti perlu dilaksanakan dalam usaha menukar sistem sekolah vernakular kepada sekolah satu aliran sahaja.

Ahli Dewan Kepimpinan Nasional BERJASA, Zulkifli Yahya berkata, peranan pemimpin sangat penting dalam menguruskan perkara ini demi masa depan anak bangsa kita sendiri.

Mengambil contoh Singapura, negara itu mempunyai perancangan teliti sebelum memansuhkan sekolah aliran Cina kepada sekolah satu aliran.

Jadi kita kena ada strategi untuk menukar dan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Justeru, kita perlukan pemimpin yang berani dan jika mereka tiada matlamat ke arah itu, pasti ia akan terkubur begitu sahaja.

“Kita lihat bagaimana Lee Kuan Yew nekad berjuang untuk mansuhkan SJKC walaupun dapat tentangan hebat dariada ahli-ahli parti Tindakan Rakyat (PAP) sendiri.

“Beliau mulakan strategi dengan perubahan di peringkat universiti dan mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris di semua universiti sebelum berkembang ke peringkat sekolah, inilah strategi yang dia gunakan.

“Walaupun dia sedar risiko dia akan hilang sokongan daripada rakyat tetapi dia nekad dan berani untuk lakukan perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk ‘Sistem Vernakular Jenayah Pendidikan Negara’, yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Pertiwi, malam tadi.

Atas sebab itu, kita perlu mencontohi langkah Perdana Menteri Singapura itu dalam melakukan perkara sama.

“Beza dengan politik negara kita, pemimpin lebih mementingkan politik kepartian berbanding politik negara.

“Mahu wujudkan perpaduan mesti kena berkorban dan lihat kajian-kajian pakar pendidikan jika tidak, perkara ini hanya menjadi angan-angan sahaja,” katanya.

Beliau menegaskan, seluruh dunia menggunakan sistem pendidikan satu aliran sahaja kecuali sistem pendidikan di Malaysia.

Justeru, keyakinan dari diri pemimpin itu penting untuk mengubah sistem pendidikan vernakular kepada satu aliran.

Pautan Dimensi;

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/946788692852824/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button