Berita Utama

Vaksin: Sarawak mula beri dos ketiga, penggalak hari ini

Sebagai perlindungan tambahan kepada golongan berisiko tinggi

KUCHING, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Sarawak memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk rakyatnya hari ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Sarawak (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin  berkata, pemberian vaksin tersebut akan memberi perlindungan tambahan kepada golongan berisiko tinggi.

Jelasnya, pemberian dos ketiga bakal melibatkan golongan ‘immunocompromise’ atau mereka mempunyai sistem ketahanan badan lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan yang dianggarkan melibatkan 11,900 individu.

“Pemberian dos penggalak pula akan diberikan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun melibatkan 80,300 individu dan petugas barisan hadapan perubatan sebanyak 30,340 individu,” katanya.

Beliau berkata pemberian dos ketiga dan dos penggalak itu boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik swasta.

“Bagi mereka yang layak, mereka boleh menghubungi klinik-klinik tersebut terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan janji temu.

“Senarai nama klinik kesihatan kerajaan, klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial untuk memudahkan proses janji temu,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button