Berita UtamaDunia

EU salur RM4.7 bilion kepada Afghanistan elak kemudaratan rakyat

Dana diberi langsung kepada rakyat dan bukannya kerajaan Taliban

ROM, 7 Rabiulawal 1443H, Khamis – Kesatuan Eropah (EU) berjanji akan menyumbang kira-kira AS$1.15 bilion (RM4.7 bilion) pakej bantuan kepada Afghanistan bagi mengelak krisis kemanusian dan kejatuhan sosioekonomi pentadbiran Taliban, kata Ketua EU, Ursula von der Leyen.

Von der Leyen membuat perjanjian berkenaan ketika sidang kemuncak G20 yang diadakan secara maya bagi membincangkan situasi keselamatan dan hak kemanusiaan di Afghanistan.

Beliau dalam kenyataan menegaskan, dana yang disalurkan EU adalah sumbangan langsung kepada rakyat Afghanistan serta organisasi-organisasi antarabangsa dan bukannya secara terus kepada kerajaan Taliban.

“Kita lakukan semua ini bagi mengelak krisis kemanusiaan berterusan dan sosioekonomi Aghanistan runtuh dan kita lakukan semua ini dengan segera,” katanya.

Tegas beliau, rakyat Afghanistan kini semakin menderita selepas ketiadaan pekerjaan atau wang bagi meneruskan kehidupan dan hanya bergantung kepada bantuan semata-mata.

“Sekiranya dibiarkan keadaan lebih parah dan menyebabkan lebih ramai rakyat akan membawa diri ke negara-negara mencari kehidupan yang sempurna,” ujarnya.

Katanya lagi, dana yang disumbangkan boleh digunakan untuk tambahan kepada kesihatan di negara itu.

Malah negara-negara jiran boleh membantu menguruskan migrasi dan mempromosikan kerjasama dalam memerangi keganasan.

G20 merupakan organisasi melibatkan beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), EU, Turki, Russia, Inda dan Arab Saudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button