Berita UtamaIstimewa

Apa guna kalian menangis ketika penubuhan MN dulu, apakah hanya tipu?

'Sungguh malang nasib bangsa ini': Pengerusi PEMBELA

BANGI, 7 Rabiulawal 1443H, Khamis – Apakah pembentukan Muafakat Nasional (MN) di antara UMNO dan PAS suatu ketika dahulu sekadar retorik untuk menipu orang Melayu.

Persoalan itu ditimbulkan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya dalam satu ciapan, hari ini.

“Maka apalah erti air mata orang Melayu yang keluar semasa menandatangani perjanjian Muafakat Nasional PAS-UMNO?

“Adakah itu retorik untuk menipu orang Melayu Islam? Sungguh malang nasib bangsa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang menyifatkan MN bukan satu pembentukan kerjasama politik yang dibuat secara formal.

Sebaliknya, perjanjian MN itu hanyalah satu piagam politik yang tidak didaftarkan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagaimana Barisan Nasional (BN).

Malah, Khaidirah mendakwa UMNO dan PAS masih boleh mewujudkan satu kerjasama politik tidak rasmi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang sekalipun ruang kerjasama rasmi melalui MN sudah tertutup.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button