Berita Utama

Israel bukan bangsa kuat tetapi hakikatnya penakut

Arab Saudi beri peluang menyebabkan pihak lain mengiktiraf Israel

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Israel bukanlah negara bangsa yang kukuh lagi kuat, namun telah diberikan peluang oleh kerajaan Arab Saudi sehingga menyebabkan negara lain turut mengiktirafnya.

Hakikatnya mereka adalah bangsa yang penakut walaupun memiliki pelbagai teknologi termoden di dunia.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia One National, Ustaz Abdul Halim Abdul Hafidz yang menyifatkan, negara haram Israel semakin diterima setelah Arab Saudi mula mengiktirafnya.

“Mereka bukan bangsa yang kuat tetapi kita yang menjadikan mereka kuat kerana merasakan kita tidak kuat dan kukuh.

“Israel semakin diterima selepas Arab Saudi memberi peluang kepadanya dan pengiktirafan itu terbukti apabila kini kedutaan Israel telah dibuka di Dubai dan Arab Saudi menyebabkan mereka semakin merasakan dirinya diterima ramai.

“Hakikatnya Israel sebuah bangsa yang penakut dan sering melakukan kesilapan,” katanya ketika menjadi panel dalam program Bicara Palestin, Yahudi – Zionis Episod 11 yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Israel sebenarnya sebuah bangsa yang bertaburan di seluruh dunia namun kekuatan pemimpin menyebabkan mereka bersatu.

Malah sikap kebergantungan dan saling bekerjasama itu mendorong mereka bersatu, selain mendakwa Palestin adalah tanah air yang patut dituntut kembali haknya.

Sedangkan jelas Ustaz Abdul Halim, perkara itu telah dibuktikan di dalam al-Quran, di mana bangsa berkenaan tidak memiliki tanah air sendiri.

Pautan Bicara Palestin

https://www.facebook.com/watch/?v=157419845625996522:45

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button