Berita Utama

30 terbunuh letupan bom di masjid selatan Afghanistan

Serangan dilakukan oleh 2 pengebom bunuh diri

KABUL, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai keselamatan masjid itu Murtaza Zarifi mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas serangan bom bunuh diri yang dilakukan kumpulan Daesh/ISIS di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, mengorbankan 46 orang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button