Berita UtamaDunia

Apple buang aplikasi al-Quran di China

China dakwa teks agama, Quran Majeed mengandungi teks agama menyalahi undang-undang

BEIJING, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Berikutan mendapat permintaan yang tinggi, syarikat teknologi gergasi, Apple dilaporkan bertindak kejam dengan membuang aplikasi al-Quran paling popular di China.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya membuang kandungan tersebut selepas pihak berkuasa China mendakwa aplikasi berkenaan mengandungi teks agama menyalahi undang-undang negara.

Aplikasi Quran Majeed tersedia dalam App Store di seluruh dunia dan mempunyai 150,000 ulasan oleh pengguna.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan sebenar berkaitan kesalahan atau peraturan yang dilanggar dalam aplikasi berkenaan.

Aplikasi Quran Majeed merupakan produk yang mendapat kepercayaan kira-kira 35 juta penduduk Islam di seluruh dunia.

Tindakan membuang aplikasi berkenaan dikesan oleh Apple Censorship, laman web yang memantau App Store di peringkat global.

Kerajaan China bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada BBC. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button