Berita Utama

28 pekerja buruh pulang sambut Aidiladha terbunuh dalam nahas di Pakistan

40 yang lain cedera, bas rempuh trak kontena di lebuh raya

PUNJABI, 9 Zulhijjah 1442H, Isnin – Sebuah bas membawa sebahagian besar pekerja buruh yang mahu pulang ke rumah untuk perayaan Aidiladha merempuh trak kontena di lebuh raya yang sibuk di tengah Pakistan, hari ini.

Nahas itu membunuh sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan 40 yang lain, kata polis dan pegawai penyelamat.

Bas itu dilaporkan bergerak dari bandar Sialkot dan dalam perjalanan di Jalan Taunsa menuju ke bandar Dera Ghazi Khan di wilayah Punjab timur, kata pegawai kanan polis, Hassan Javed.  

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

Pasukan penyelamat membawa mangsa yang telah meninggal dunia dan cedera ke hospital berdekatan.  

Menurut Sher Khan yang bertugas di pasukan penyelamat di lokasi, beberapa yang cedera dalam keadaan kritikal.  

Kemalangan maut adalah perkara biasa di Pakistan kerana infrastruktur jalan raya yang buruk dan pemandu yang tidak menghiraukan undang-undang lalu lintas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button