Berita UtamaDunia

Rakyat Palestin berterusan dibunuh

Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti

TEBING BARAT, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh tentera negara pengganas Israel.

Memetik agensi berita WAFA, saksi berkata, insiden pada malam Khamis berlaku ketika tentera rejim Zionis melakukan satu serbuan di bandar Beit Jala di Baitulaham, Tebing Barat.

Dalam kejadian itu juga, tentera rejim Zionis menangkap seorang rakyat Palestin.

Identiti lelaki Palestin yang mati ditembak itu masih belum dapat dikenalpasti.

Sejak kebelakangan ini, serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin terus meningkat di Tebing Barat, khususnya ketika bantahan terhadap penempatan haram Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button