Berita UtamaDunia

Taliban arah PIA turunkan tambang penerbangan

Tiket ke Paksitan cecah RM10,300 berbanding RM622 sebelum ini

ISLAMABAD, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Pakistan International Airlines (PIA) menangguhkan penerbangan ke Kabul bermula semalam, berikutan berlaku campur tangan pihak berkuasa Taliban.

Penangguhan itu berlaku selepas kerajaan Taliban mengarahkan PIA yang merupakan syarikat tunggal membuat penerbangan ke Afghanistan mengurangkan tambang tiket penerbangan ke laluan berkenaan.

“Syarikat kami sering berdepan kelewatan kerana sikap tidak profesional pihak berkuasa penerbangan di Kabul,” ujar jurucakap PIA, Hafeez Khan kepada AFP.

Malah, beliau berkata, penangguhan operasi penerbangan itu kemungkinan akan berlarutan sehingga situasi kembali kondusif.

Terdahulu, Taliban memberi amaran kepada PIA dan syarikat penerbangan Afghanistan, Kam Air berisiko untuk digantung operasi kecuali mereka bersetuju mengurangkan harga tambang tiket penerbangan.

Kebanyakan syarikat penerbangan tidak lagi beroperasi menyebabkan tiket ke Pakistan dijual dengan harga tinggi sehingga mencecah AS$2,500 (RM10,300) berbanding harga biasa sekitar AS$120 (RM498) hingga AS$150 (RM622).

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Afghanistan menerusi kenyataan memaklumkan harga tiket perlu disesuaikan dengan keadaan sebelum kemenangan kerajaan Taliban memerintah Aghanistan atau ditamatkan operasi penerbangan.

Seorang penduduk, Abdullah berkata, perkhidmatan PIA kini dilihat sebagai ‘jendela kecil’ kepada rakyat tempatan untuk keluar tinggalkan bumi Afghanistan yang sedang bergolak.

“Kami sangat memerlukan perkhidmatan penerbangan memandangkan sempadan negara telah di tutup dan kini lapangan terbang pula ditangguhkan operasi, ia seolah kami berada di dalam sebuah kandang,” kata ahli farmasi berusia 26 tahun itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button