Berita Utama
DUN Sabah bubar: Shafie Apdal
Beri laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari
KOTA KINABALU, 9 Zulhijjah 1441H, Khamis – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.