Berita UtamaDunia

Vietnam mula beri vaksin COVID-19 pada remaja berusia 12 hingga 17 tahun

Disuntik dengan dua dos vaksin yang sama

HANOI, 8 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, provinsi dan bandar-bandar diminta untuk memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun terlebih dahulu.

Agensi Berita Vietnam melaporkan inokulasi akan dilakukan berdasarkan bekalan vaksin dan situasi pandemik di setiap lokaliti.

Menurut kementerian, setiap orang akan disuntik dengan dua dos vaksin yang sama.

Pada 11 Oktober, lebih 55 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada mereka berusia 18 tahun. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button