Berita Utama

3 maut akibat gempa bumi di Bali

2 mangsa meninggal selepas tanah runtuh menimpa rumah

JAKARTA, 9 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Tiga orang terbunuh, manakala tujuh lagi cedera apabila gempa bumi melanda pulau pelancongan Indonesia, Bali, kata agensi bencana.

Gempa dengan kekuatan 4.8 magnitud pada kedalaman 10 kilometer itu menggegarkan timur laut Banjar Wanasari.

Dua orang dilaporkan meninggal dunia selepas gempa itu mengakibatkan tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di daerah Bangli, sementara seorang lagi terbunuh di bandar pelabuhan Karangasem, kata pegawai.

Bagaimanapun, angka kematian tidak dijangka bertambah, kata mereka.

“Gempa terasa kuat selama lima saat. Orang ramai panik dan lari dari rumah mereka ketika gempa itu melanda,” kata jurucakap agensi bencana, Abdul Muhari.

Pusat gempa itu berada jauh daripada pusat pelancongan utama di Bali, yang perlahan dibuka kembali kepada pengunjung antarabangsa setelah penutupan ekoran wabak COVID-19.

Indonesia sering mengalami gempa bumi berikutan kedudukannya di lingkaran api Pasifik, lengkungan aktiviti gempa yang kuat di mana plat tektonik bertembung yang membentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan melintasi lembah Pasifik.

Pada bulan Januari, lebih daripada 100 orang terbunuh dan ribuan orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa berkekuatan 6.2 magnitud yang melanda pulau Sulawesi.

Gempa berkekuatan 7.5 magnitud dan tsunami berikutnya di Palu tiga tahun lalu menyebabkan lebih daripada 4,300 orang mati atau hilang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button