Berita Utama

67 PPR, Perumahan Awam di KL bakal dapat lif baharu – Ismail Sabri

DBKL peruntuk RM127 juta ganti lif lama di PPR dan PA

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1443H, Sabtu –  Semua 67 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka mendapat lif baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sebanyak RM127 juta bagi menggantikan semua lif lama di PPR dan PA terbabit.

Ismail Sabri berkata, kerja-kerja penggantian lif itu dijangka dimulakan awal tahun depan selepas proses perolehan kontrak selesai.

“Di mana-mana PPR pun lif ini sangat penting untuk pergerakan penduduk dan kerajaan memandang serius masalah ini (lif lama dan rosak).

“Saya berharap proses perolehan dapat dipercepatkan dan jangka masa (kerja penggantian lif) mungkin setahun hingga dua tahun bergantung kepada kontrak dan jumlah blok bagi setiap PPR,” katanya pada sidang media selepas meninjau PA Seri Perak, hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button