Berita Utama

Beria pertahan hak LGBT bawah suara SUHAKAM satu perancangan halus

Dr Nik Salida perlu sedar Barat rekrut cerdik pandai, agamawan untuk terima idea mereka

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 9 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Tindakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh bersungguh memperjuangkan hak kumpulan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dipercayai merupakan satu perancangan halus puak liberal.

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mohd Noor Azib Asmangi berkata demikian mengulas petikan video diulang tayang oleh Facebook Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang memaparkan Dr Nik Salida berucap memperjuangkan hak golongan songsang itu.

Dr Nik Salida seperti dipetik berkata: “SUHAKAM believes that all human beings regardless of their sexual orientation and gender identity should be able to enjoy the full range of human rights without exception. 

“Based on SUHAKAM’s engagement with the transgender community, many of them still face discrimination and sexual violence in the education system, difficulty in finding formal employment, do not have access to adequate healthcare and insurance which are gender-sensitive and denied their rights to housing due to their sexual orientation and gender identity. 

“Their rights to dignity especially when arrested or detained by enforcement agencies have also been violated in several cases.”

Azib berkata, dalam isu video tular tersebut, Dr Nik Salida yang juga seorang yang berlatar belakang agama sebenarnya sengaja diangkat oleh SUHAKAM untuk menjadi pejuang mereka.

“SUHAKAM sejak sekian kalinya terus mengangkat isu hak kesamarataan gender dalam neraca yang salah berpaksikan acuan Barat.

“Tidak pelik kerana SUHAKAM sentiasa menjadi lidah untuk membawa pemikiran songsang atas nama hak kesamarataan dan memaksakannya ke atas semua orang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, Azib berkata, sama ada Dr Nik Salida sedar mahupun tidak, ia adalah perancangan halus Barat untuk merekrut cerdik pandai terutamanya agamawan yang berfikiran liberal menerima idea mereka secara halus.

“Apabila agamawan atau golongan cerdik pandai ini bercakap bagi pihak mereka, mudah untuk orang ramai terkeliru dan lama-lama akan terpengaruh dan boleh terima,” katanya

Beliau menegaskan, kumpulan songsang LGBT sama sekali tidak perlu diperjuangkan di Malaysia kerana negara ini berpegang dengan norma agama dan budaya Timur yang kuat, dan ini jelas termaktub dalam Perlembagaan. 

“Menjadi pejuang bagi pihak LGBT sebenarnya bercanggah dengan asas Perlembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama tertinggi.

“Hak sama rata perlu dinilai dengan neraca pandang yang betul dengan konsep ‘adala’ yang sebenar, bukan atas tuntutan Barat.

“Kita berharap Nik Salida tidak tertipu dengan agenda SUHAKAM dan tidak perlu menjadi lidah mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button