Berita Utama

Sultan Selangor rakam takziah kepada keluarga Mufti Perak

Sanjung jasa Allahyarham dalam isu hal ehwal Islam

BANGI, 19 Syawal 1442H, Isnin – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussaini Zakaria.

Istana Selangor dalam satu hantaran di laman sosial Facebook ‘Selangor Royal Office’ hari ini menyatakan selain mengenali Allahyarham, baginda turut menyanjungi jasa-jasanya khusus dalam isu berkaitan hal ehwal agama Islam dan pengembangan syiar Islam ketika berkhidmat sebagai Mufti Perak selama hampir 36 tahun.

“Baginda berdua berharap agar keluarga Allahyarham terus tabah dan reda di atas ketentuan ini dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut hantaran itu.

Dr Harussaini, 82, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.45 petang, semalam.

Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke ICU berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Dr Harussaini dilantik sebagai Mufti Perak bermula sejak tahun 1985 dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button