Berita Utama

Kerajaan ‘diperkudakan’ kiasu cauvinis dalam isu UEC, vernakular?

Didakwa main tarik tali untuk dapatkan peruntukan, pengiktirafan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 9 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah tidak mahu lagi kerajaan ‘diperkudakan’ oleh golongan kiasu cauvinis demi kepentingan mereka sendiri terutamanya dalam isu sekolah vernakular dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ketua Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris mendakwa, puak itu sering bermain tarik tali dalam masa sama seperti mengugut kerajaan untuk mendapatkan sesuatu sama ada peruntukan atau pengiktirafan. 

“Sepatutnya politikus Melayu-Islam sudah boleh nampak perkara seperti ini pada masa akan datang dan bersedia menanganinya bukannya mengikut telunjuk mereka.

“NGO tidak mahu lagi melalui situasi malang setelah ramai rakyat hilang kepercayaan terhadap golongan politikus Melayu-Islam yang bagai telah diperkudakan oleh golongan kiasu cauvinis, dengan bermain tarik tali pada isu-isu tertentu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, sama ada golongan politikus kerajaan menyedarinya ataupun tidak, apa yang jelas isu UEC ini adalah seperti alat puak kiasu mendapat habuan kewangan jutaan ringgit.

“Ia sudah lama dimainkan bukannya baru setahun dua yang lalu, sejak sebelum merdeka lagi kiasu sudah jadikan isu sekolah Cina ini sebagai alat bagi kaum Cina dapat sesuatu yang mereka ingini. 

“Sekian lama mereka sudah menuntut sekolah mereka sendiri sehinggalah isu pengiktirafan UEC ini dipolitikkan oleh Dong Zong untuk mendapat duit percuma dari kerajaan atau diistilahkan sebagai peruntukan sumbangan. 

“Dan akan senyap apabila dapat dana atau peruntukan sehingga mencecah berjuta ringgit. Siapa yang ‘menang’ dalam isu ini? 

“Maka yang ruginya ialah sekolah kerajaan yang kekal ketinggalan zaman dan tidak merasa kemajuan yang sepatutnya ada pada era milenium setanding sekolah swasta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengimbau kembali pada dua tahun lalu, di mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika itu yang tidak mempunyai jawatan lantang mempertikaikan mengenai peruntukan yang Pakatan Harapan (PH) berikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). 

“Tetapi luar biasanya di bawah pentadbiran beliau pula SMPC dapat juga peruntukan iaitu sehingga RM15 juta. 

“Semua itu berlaku di bawah kerajaan beliau selepas perjanjian yang mempertemukan Perdana Menteri dengan tiga tokoh pemimpin parti dari PKR, DAP dan PAN.

“…. walaupun dalam masa sama ada desas-desus yang mengatakan perkara peruntukan RM15 juta itu telah diluluskan semasa era Tan Sri Muhyiddin Yassin bekas Perdana Menteri sebelumnya, bukannya arahan dari Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya.

Mengenai sekolah vernakular pula, beliau berkata, ia sememangnya jelas tiada dalam Perlembagaan negara.

Bahkan, suatu ketika dahulu juga pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk sekolah vernakular digabungkan dengan sekolah kebangsaan menjadi sekolah wawasan. 

“Sehingga ke hari ini tiada sebarang perkembangan berlaku malahan sunyi sepi daripada disuarakan oleh parti politik yang sering mendabik dada memperjuangkan ABATA (Agama, Bangsa dan Tanah Air). 

“Yang jelas kiasu cauvinis terus menerus dilayan bagai mereka sungguh istimewa sedangkan mereka inilah yang paling kuat menolak tulisan Jawi. 

“Dan sering kali mempertikaikan apa sahaja usaha kerajaan untuk memajukan kaum Bumiputera dan akan mengatakan ini perkara rasis sedangkan yang benar-benar rasis adalah mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button