Berita UtamaDunia

Lebih 250 tahanan Palestin mogok lapar di penjara Israel

Sebagai tanda protes pemindahan tahanan ke sel-sel berasingan

RAMALLAH, 9 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 250 tahanan Palestin memulakan mogok lapar sebagai tanda protes berikutan pemindahan tahanan ke sel-sel berasingan di dalam penjara.

Ketua Kelab Tahanan Palestin, Qadura Fares berkata, sehingga kini 250 tahanan melancarkan mogok manakala 100 daripadanya memulakan dengan tidak minum air sejak seminggu lalu.

Sementara itu, pihak penjara menafikan berlakunya pengasingan dan menyatakan kesemua tahanan diletakkan di dalam kumpulan sama.

Sebaliknya, pihak penjara mendakwa mereka sengaja melakukan mogok lapar kerana tertekan berada dalam tahanan.

Pihak penjara juga mengakui tidak menyedari tahanan melakukan mogor lapar.

Sehingga kini, seramai 4,600 tahanan Palestin ditahan di beberapa penjara di negara haram Israel.

Kebanyakan mereka terdiri daripada pejuang kanan Jihad Islam Palestin (PIJ) yang disabitkan dengan serangan atau demonstrasi kerana kesalahan membaling batu ke arah tentera Zionis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button