Dunia

Indonesia siasat kematian 20 kanak-kanak akibat buah pinggang akut

IDAI dakwa kematian tiada kaitan dengan kes di Gambia

JAKARTA, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Indonesia akan menyiasat kes kecederaan buah pinggang akut yang telah menyebabkan kematian lebih 20 kanak-kanak di Jakarta tahun ini, kata pihak berkuasa kesihatan.

Siasatan dibuat ketika pihak berkuasa di Gambia mendakwa, hampir 70 kanak-kanak mati akibat kecederaan buah pinggang akut selepas mengambil sirap paracetamol yang digunakan untuk merawat demam.

Indonesia akan menyelaras siasatan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendapati tahap dietilena glikol dan etilena glikol tidak boleh diterima – kerana boleh menjadi toksik – dalam empat produk dikeluarkan Maiden Pharmaceuticals yang berpangkalan di New Delhi.

Pengawal selia ubat-ubatan Indonesia (BPOM) dalam satu kenyataan berkata, sirap berkenaan tidak didaftarkan di negara itu.

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pakar dari WHO – yang sedang menyiasat kes di Gambia – dan telah membentuk satu pasukan dengan persatuan pediatrik negara (IDAI) serta hospital di Jakarta bagi meneliti kes terbabit.

Katanya, penyakit itu telah dikesan dalam 40 kanak-kanak di seluruh negara setakat ini, tetapi tidak menyatakan bila kes pertama dilaporkan.

Menurut IDAI, sebanyak 131 kes telah dilaporkan antara Januari dan September, sambil mendakwa bahawa kes di Gambia tiada kaitan dengan Indonesia.

Kementerian Kesihatan mendakwa, penemuan awal menunjukkan potensi mabuk sebagai punca penyakit itu namun penyelidikan lanjur masih diperlukan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button