Berita UtamaDunia

28 maut ditembak mati di Kashmir

Lebih 1,000 ditangkap kerana disyaki ada ‘kaitan’ kumpulan tak sah

KASHMIR, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 28 individu, termasuk sembilan orang awam, ditembak mati dalam dua minggu terakhir ekoran keganasan yang meningkat dan tindakan keras pemerintah di Kashmir yang dikuasai India.

Pada hari Sabtu, dua lelaki bersenjata terbunuh di luar bandar utama Srinagar, kata Inspektor Jeneral Polis, Vijay Kumar, menurut AFP.

“Beberapa jam kemudian, individu bersenjata menembak mati seorang penjual jalanan dan seorang buruh dari luar Kashmir dalam tembakan berasingan,” kata polis.

Dua tentera juga maut dalam tembakan sengit berhampiran garis gencatan senjata antara Kashmir yang dikuasai India dan Pakistan, kata satu kenyataan tentera.

Seorang pegawai polis dari Kashmir yang dikuasai India juga memberitahu, lebih dari 1,000 orang telah ditangkap kerana disyaki ada ‘kaitan’ dengan kumpulan yang tidak sah.

Kashmir telah dibahagikan antara India dan Pakistan sejak perpecahan mereka pada tahun 1947, dengan kedua-dua negara menuntut wilayah tersebut sepenuhnya.

India secara berkala menuduh Pakistan membekalkan senjata dan melatih militan dan membiarkan mereka melancarkan serangan di seberang sempadan. Bagaimanaoun, Pakistan menolak sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Kedua-dua negara telah berhadapan empat perang sejak perpecahan mereka pada tahun 1947, tiga di antaranya di Kashmir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button