Berita UtamaDunia

7 tahanan Palestin masih mogok lapar

Lebih 500 ditahan kerana tentang penaklukan negara pengganas

RAMALLAH, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Tujuh tahanan Palestin dalam tahanan Israel masih melakukan mogok lapar sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran yang tidak adil tanpa perbicaraan, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan.

Peserta mogok tertua daripada tujuh tahanan itu adalah Kayed Fasfous – yang telah menjalankan mogok makan selama 95 hari sebagai protes penahanannya

Ia diikuti Muqdad Qawasmeh (88 hari), Alaa Aaraj (71 hari), Hesham Abu Hawwash (62 hari), Shadi Abu-Akr (54 hari), Ayyad Hureimi (25 hari) dan Khalil Abu-Aram (7 hari).

Fasfous – yang kini berada di Pusat Perubatan Kaplan kerana kesihatan merosot – menuntut agar dibebaskan daripada tahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan dan berdasarkan fail rahsia yang disebut – yang mana peguam beliau tidak dibenarkan melihatnya.

Polisi penahanan pentadbiran negara pengganas Israel dikecam secara meluas membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan untuk jangka masa yang boleh diperbaharui – biasanya antara tiga hingga enam bulan berdasarkan bukti yang tidak didedahkan.

Ketika ini, Israel menahan lebih 500 rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran – yang dianggap tidak sah oleh undang-undang antarabangsa – kebanyakan mereka adalah bekas tahanan – yang menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penjara – kerana menentang penaklukan Israel.

Selama bertahun-tahun, Israel menempatkan ribuan rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran untuk jangka masa yang lama, tanpa memberitahu tahanan mengenai tuduhan terhadap mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button