Berita Utama

Anwar tolak kemudahan bertaraf menteri

Dana akan didermakan kepada tabung rakyat miskin

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan.

Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya berkata, sebaliknya, dana itu akan didermakan kepada tabung rakyat miskin.

“Saya juga telah tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti mana-mana negara demokratik lain.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata, aspek semak imbang akan terus diperhebat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button