Berita UtamaDunia

Arab Saudi lantik Menteri Haji dan Umrah baharu

Tidak perlu lagi pakai pelitup muka di tempat terbuka

RIYADH, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Arab Saudi melantik Dr Tawfiq bin Fawzan al-Rabiah sebagai Menteri Haji dan Umrah baharu, manakala Fahd bin Abdulrahman al-Jalajil sebagai Menteri Kesihatan, lapor Saudi Press Agency.

Raja juga memerintahkan penubuhan badan baharu yang akan mengawasi pengembangan wilayah Yanbu, Umluj, Al-Wajh dan Duba.

Badan tersebut akan dipengerusikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Mohammed bin Salman, kata media pemerintah.

Dalam perkembangan lain, Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan COVID-19 bermula hari ini, yang membolehkan perhimpunan dan menarik balik arahan memakai pelitup muka bagi mereka yang telah menerima kedua-dua dos vaksin, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pelitup muka di tempat terbuka tidak lagi wajib bagi orang yang menerima vaksin sepenuhnya, walaupun harus memakainya di tempat tertutup dan kawasan yang tidak dipantau oleh aplikasi Tawakkalna, jelas kementerian itu.

Peraturan penjarakan sosial juga ditarik balik dan di tempat awam, pengangkutan, restoran, pawagam, serta perhimpunan lain yang dipantau oleh Tawakkalna akan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh untuk individu yang menerima kedua-dua dos vaksin.

Peraturan lain yang akan ditarik balik termasuk had bagi pengunjung Masjidil Haram.

Peraturan yang sama akan dikuat kuasakan untuk Masjid Nabawi di Madinah.

Acara di dewan perkahwinan akan dibenarkan tanpa had kehadiran, namun mereka yang terlibat masih harus mematuhi langkah berjaga-jaga termasuk pemakaian pelitup muka di tempat tertutup.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa peraturan tersebut dapat berubah bergantung pada perkembangan wabak tersebut.

Peraturan yang berbeza juga akan dikuat kuasakan di mengikut wilayah bergantung pada tahap kebolehjangkitan setempat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button