Berita UtamaDunia

Ekonomi Palestin terjejas teruk, pengucupan mendadak dijangka berlaku

Hampir 200,000 rakyat Gaza menganggur selepas Tel Aviv tutup pintu sempadan

WASHINGTON, 29 Jamadilawal 1445H, Rabu – Serangan jahat rejim haram Israel ke atas Semenanjung Gaza secara berterusan bakal memeberi kesan teruk kepada ekonomi Palestin.

Malah, pengucupan ekonomi yang mendadak dijangka berlaku tahun depan, lapor Bank Dunia.

Agensi itu menerusi kenyataan berkata, situasi tragis yang menyebabkan kehilangan ribuan nyawa dan kerosakan aset tetap telah menyebabkan berlaku pengurangan aliran pendapatan di wilayah itu dan dijangka berterusan untuk tempoh tertentu.

Dalam analisis baharu yang dikeluarkan, Bank Dunia menganggarkan sekitar 60 peratus infrastruktur maklumat dan komunikasi serta kemudahan kesihatan dan pendidikan di wilayah terkepung itu rosak atau musnah teruk.

Manakala 70 peratus infrastruktur berkaitan perdagangan telah lumpuh.

Malah hampir jalan-jalan utama juga mengalami kerosakan dan lebih setengah juta penduduk di wilayah itu kini menjalani kehidupan tanpa rumah.

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, sumbangan Gaza kepada keseluruhan ekonomi di wilayah itu termasuk Tebing Barat, telah menyusut daripada sekitar 36 peratus pada 2005 kepada hanya 17 peratus tahun lepas.

Situasi perang yang berlarutan turut mempengaruhi kadar pengangguran di Gaza sehingga 85 peratus, ia berlaku selepas Tel Aviv membuat keputusan menutup pintu kepada pekerja Palestin dari Tebing Barat sekali gus menyebabkan hampir 200,000 orang kehilangan pekerjaan.

Meskipun sumbangan Gaza kepada ekonomi sangat kecil namun Bank Dunia kini menjangkakan keseluruhan ekonomi Palestin akan terus menguncup sebanyak 3.7 peratus tahun ini, turun mendadak daripada ramalan sebelum perang iaitu 3.2 peratus.

Sebelum ini bank Dunia menjangkakan pertumbuhan 3.0 peratus pada 2024, namun dengan keadaan huru-hara yang berterusan ini menyebabkan pihaknya menjangkakan penguncupan keseluruhan sebanyak 6.0 peratus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button