Berita UtamaDunia

Kapten kapal dipenjara kerana hantar pendatang asing ke Libya

Langgar undang-undang yang larang pemulangan secara paksa

ROME, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Seorang kapten kapal yang menghantar 101 pendatang asing kepada pengawal pantai Libya, dengan niat menyelamatkan mereka di Laut Mediterranean, telah dijatuhkan hukuman penjara satu tahun.

Ia kes pertama seumpamanya yang pernah dibicarakan oleh mahkamah Itali.

Giuseppe Sotgiu didapati bersalah kerana melanggar undang-undang antarabangsa yang melarang pemulangan orang secara paksa ke negara-negara di mana keadaan mereka berisiko.

Sotgiu mengemudikan kapal Asso 28, sebuah kapal luar pesisir berbendera Itali yang membekalkan pelantar minyak di luar Libya, ketika operasi menyelamat pada 30 Julai 2018. 

Pendatang – termasuk lima wanita hamil dan lima kanak-kanak bawah umur – dijemput oleh kapal yang tidak layak berada di perairan antarabangsa dan diserahkan kepada pengawal pantai Libya di pelabuhan Tripoli.

Pertubuhan antarabangsa yang menjalankan operasi menyelamat memberitahu Al Jazeera, walaupun tindakan itu langkah yang benar, tetapi penghakiman menghukum hanya seorang individu, sementara ia mengabaikan keperluan untuk meletakkan tanggungjawab ke atas negara Libya dan Kesatuan Eropah (EU).

Linardi memuji penghakiman itu kerana menegaskan prinsip bahawa mengembalikan pendatang ke Libya adalah suatu jenayah.

Namun, dia menekankan bahawa prinsip yang sama tidak diterapkan pada negara-negara Eropah yang bekerjasama dengan pengawal pantai Libya.

“Sekiranya anda mengecam seseorang kerana menyerahkan pendatang kepada (pengawal pantai Libya), anda akan mempersoalkan arahan daripada pihak berkuasa itu,” kata jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jerman Sea Watch, Giorgia Linardi, kepada Al Jazeera.

Itali dan EU telah membiayai dan melatih pengawal pantai Libya secara khusus untuk menghentikan kemasukan pendatang.  

Pada Julai, anggota Sea Watch merakam tindakan pihak berkuasa maritim Libya mengejar kapal pendatang yang penuh sesak dan menembak ke arahnya, dalam usaha menghentikannya dari menyeberangi Laut Mediterranian ke Eropah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button