Berita Utama

PRN Melaka tak jejas sesi persekolahan

KPM ada kaedah pastikan proses berjalan lancar

BANGI, 10 Rabiulawal 1443H, Ahad – Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan sesi persekolahan yang dijadualkan bermula pada November ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya juga akan menilai beberapa kaedah tertentu selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Apapun keputusan sekiranya diperlukan kita boleh berbincang dan kita boleh permudahkan.

“Walaupun sekolah baru dibuka, kita ada pendekatan yang kita boleh gunakan yang sesuai,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Radzi turut berkata, KPM mempunyai kaedah tertentu bagi memastikan proses PRN berjalan lancar jika institusi sekolah digunakan.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas mengenai Pilihan Raya Negeri Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka esok bermula jam 9 pagi.

Sidang akhbar oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut.

DUN Melaka terbubar selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button