Berita Utama

Desak kerajaan bertegas pertahan nilai, identiti negara melalui kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Rata-rata pejuang hak asasi manusia liberal mula main naratif salah

MALAYSIA telah memenangi dan dipilih untuk menduduki satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2022-2024 baru-baru ini.

2. Rata-rata pejuang hak asasi manusia berlatarbelakangkan liberal di Malaysia seperti Ambiga Srenevasan, Kasthuri Patto dan kumpulan-kumpulan yang seangkatan dengannya sudah mula memainkan naratif yang salah menggambarkan seolah-olah Malaysia menindas golongan minoriti dan mendesak kerajaan untuk menandatangani konvensyen antarabangsa yang bertentangan dengan norma budaya, agama dan identiti nasional.

3. BERJASA bimbang desakan-desakan kumpulan ini akan yang dibimbangi mempengaruhi kerajaan dalam keputusan-keputusan berkaitan hak asasi manusia. Sehubungan dengan itu, BERJASA mendesak satu kenyataan tegas dikeluarkan oleh Putrajaya seperti berikut:

i. Menjadikan platform ini sebagai pentas untuk mempromosi bahawa Malaysia sentiasa melayan baik hak asasi manusia masyarakatnya bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tiang seri hubungan etnik untuk mencapai perpaduan nasional mengikut acuan sendiri.

ii. Menolak untuk menandatangani mana-mana resolusi atau konvensyen yang bertentangan dengan budaya, agama dan identiti Malaysia. Kerajaan mesti tegas mempertahankan identiti nasional negara yang menjadi identiti negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

iii. Menghalang dan menghentikan mana-mana kumpulan yang membawa naratif salah terhadap imej negara di peringkat antarabangsa. Ini bagi memastikan nama baik dan maruah negara sentiasa terpelihara.

4. Kerajaan tidak boleh tunduk kepada kefahaman dan budaya asing dalam mengimplementasikan segala konteks hak asasi manusia dalam pentadbiran negara. Berpendirian tegaslah dan konsisten dalam menegakkan kebenaran dan menolak kefahaman yang salah.

Sekian.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan Parti BERJASA Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button