Berita Utama

DUN Melaka bubar: PH bawa kes ke mahkamah minggu ini

Tindakan supaya keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tak diperlukan

MELAKA, 11 Rabiulawal 1443H, Isnin – Pakatan Harapan (PH) Melaka akan membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke mahkamah minggu ini, meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah ditetapkan.

Pengerusinya, Adly Zahari memaklumkan, tindakan itu bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN dilakukan.

“Kelewatan bagi memfailkan kes itu disebabkan kegagalan pihak pengurusan DUN Melaka mengeluarkan atau menyerahkan Notis Pembubaran DUN Melaka itu secara rasmi kepada semua ADUN⁸
sehingga kini.

“Pihak DUN Melaka hanya mengeluarkan surat penyerahan Warta Pembubaran DUN ke-14 melalui surat bertarikh 15 Oktober 2021 yang diserahkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Adly, pihaknya akan terus menggunakan perundangan bagi memberi sedikit ruang agar kerajaan yang mempunyai keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tidak perlu diadakan.

Bagaimanapun tegas beliau, PH Melaka akan tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk PRN di Melaka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button