Berita Utama

Hak asasi manusia ultra kiasu banyak mengarut

UMNO dan PAS perlu lantang pertahankan hak

BANGI, 11 Rabiulawal 1443H, Isnin – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan kerajaan Malaysia untuk tidak sama sekali tunduk kepada tekanan ultra kiasu mengenai hak asasi manusia.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, beliau mendakwa, hak asasi manusia yang dibangkitkan ultra kiasu banyak yang mengarut daripada menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini.

“Mereka tidak mahu melihat orang Islam berpegang kepada agamanya.

“Semakin liberal umat Islam, semakin beruntunglah mereka. Kerana apabila umat Islam semakin liberal, semakin ramai yang akan masuk dan mengundi mereka,” katanya menulis di ruangan kolumnis Ismaweb.net hari ini.

Atas sebab itu, beliau berkata, negara amat perlu kepada parti politik yang berasaskan kepada bangsa dan agama seperti UMNO dan PAS.

Pemerhati politik itu yakin, dengan adanya parti-parti ini, sekurang-kurangnya dapat mengekang perancangan jahat dan licik pihak tersebut.

“Sebab itu, UMNO dan PAS, perlu lantang dalam mempertahankan hak ini, sama ada berada dalam kerajaan atau luar kerajaan. Dalam tenggelam dalam arus kekuasaan,” katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee menggesa kerajaan memantau pergerakan dan perjalanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dengan memastikan suruhanjaya itu berada dalam landasan yang betul dan bukan terikut-ikut dengan hak asasi ultra kiasu.

Bahkan SUHAKAM juga diingatkan untuk bertindak berpandukan Perlembagaan, bukan nafsu hak asasi manusia.

“Justeru, saya mohon, supaya kerajaan tidak tunduk dan terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu.

“Dunia sudah mengiktiraf hak asasi kita. Kenapa kita perlu tunduk kepada mereka yang jelas-jelas mahu meruntuhkan negara ini.

“Mereka mahukan rakyat negara ini jauh daripada agama, supaya memudahkan perjalanan mereka berkuasa kembali.

BACA PENUH ULASAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI KOLUMNIS ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button