Dunia

Omicron: Kadar kemasukan ke hospital di AS capai paras tertinggi

Pegawai beri amaran jangkitan Omicron boleh jejas sistem hospital

WASHINGTON, 8 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencapai ke paras tertinggi iaitu 132,646 – melepasi rekod terdahulu 132,051 pada Januari 2021 – di tengah lonjakan kes varian Omicron yang dikatakan mudah merebak.

Kemasukan kes hospital telah meningkat secara berterusan sejak penghujung Disember lalu, iaitu dua kali ganda dalam tiga minggu kebelakangan ini – apabila Omicron dianggap virus dominan di AS berbanding Delta.

Menurut analisis Reuters, Delaware, Illinois, Maine, Maryland, Missouri, Ohio, Pennsylvania, Puerto Rico, Kepulauan Virgin AS, Vermont, Virginia, Washington DC dan Wisconsin telah melaporkan tahap rekod pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Walaupun kurang gejala teruk, pegawai kesihatan memberi amaran bahawa jumlah jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron boleh menjejaskan sistem hospital.

Keadaan itu menyebabkan beberapa hospital terpaksa menangguhkan prosedur elektif kerana bergelut untuk menangani lonjakan pesakit ketika berdepan kekurangan kakitangan kesihatan.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Omicron lebih cepat merebak berbanding varian dari India, Delta.

Varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada akhir November, setakat ini telah merebak ke lebih 70 negara, satu fenomena yang disifatkan WHO sebagai membimbangkan.

Bukti awal juga mendakwa bahawa vaksin COVID-19 mungkin kurang berkesan terhadap jangkitan dan penularan yang dikaitkan dengan varian itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button