Berita UtamaDunia

Zionis makin melampau roboh rumah Palestin tanpa sebab

Dakwa tiada permit di tanah yang dikawal sepenuhnya rejim haram

NABLUS, 8 Syawal 1443H, Isnin – Perayaan Aidilfitri sepatutnya disambut meriah dengan kehadiran saudara-mara berhimpun, namun berbeza di Kampung Beit Dajan, utara Tebing Barat.

Ia apabila sekumpulan pasukan tentera pengganas negara haram tanpa belas kasihan merobohkan dua buah rumah milik penduduk Palestin yang dalam pembinaan? dengan alasan tidak memiliki permit untuk pembinaan kediaman.

Ketua Kampung Beit Dajan, Tawfiq al-Haj Mohammad berkata, tentera pengganas menyerbu ke kampung mereka bersama beberapa buah jentolak dan terus merobohkan dua buah rumah berkenaan.

Rejim pengganas mendakwa kawasan kediaman tersebut dibina di Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis.

Penduduk tempatan yang menyaksikan aktiviti meroboh kediaman tersebut cuba berbincang tetapi tentera pengganas bertindak kasar dan meneruskan aktiviti berkenaan.

Rejim negara haram kemudian melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk menyebabkan beberapa penduduk berdepan masalah sesak nafas.

Kesemua mangsa kemudian di kejar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Di Faroush Beit Dajan, rejim Zionis turut merobohkan beberapa buah kediaman milik penduduk tempatan dengan alasan pembinaan kediaman berkenaan dilakukan di kawasan zon menembak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button