Berita UtamaDunia

Iran, Russia bincang kerjasama pertahanan 3 bulan akan datang

Tehran bakal peroleh jet latihan dan helikopter tempur dari Russia

TEHRAN, 12 Rabiulawal 1443H, Selasa РIran dan Russia akan mengadakan persidangan suruhanjaya ketenteraan bersama di Tehran dalam masa tiga bulan akan datang untuk membincangkan kerjasama pertahanan serta keselamatan, kata Ketua Staf Angkatan Bersenjata Iran, Mohammad  Bagheri.

Bagheri yang berada di Moscow untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Russia, Valery Gerasimov, mengatakan bahawa suruhanjaya itu juga akan ditugaskan untuk menghuraikan aspek kerjasama dalam bidang latihan ketenteraan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan lebih banyak perincian mengenai kerjasama tersebut, menurut agensi berita IRNA.

Kedua-dua negara juga membincangkan kontrak ketenteraan yang melibatkan Tehran memperoleh sejumlah jet latihan dan helikopter tempur dari Russia selepas sekatan Amerika Syarikat terhadap ekonomi Iran dikurangkan, kata Bagheri.

Beliau dan Gerasimov juga bertukar pandangan mengenai pencerobohan terbaharu Israel di Syria, ketegangan di Kaukasus selatan dan krisis di Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button