Berita Utama

Kepimpinan terpuji, bermaruah dibawa oleh Rasulullah SAW

Tanah air kita sudah lama rosak oleh kepentingan diri yang mengatasi rakyat

1. KEPIMPINAN Rasulullah SAW adalah kepimpinan baharu buat umat manusia yang ketika itu telah hilang arah tuju, jahil pemikiran dan amalan.

2. Rasullah SAW hadir di celah-celah kebobrokan sistem, jahiliyyah, akhlak dan pekerti. Mengubah semua itu melalui ketauhidan kepada Allah Yang Esa.

3. Rasulullah SAW membina sistem baharu, menonjolkan akhlak terpuji yang jauh lebih baik dan bermaruah. Jalan baharu yabg ditunjukkan oleh Baginda inilah yang akhirnya melahirkan sebuah generasi baharu umat ini.

4. Mengambil ibrah kepimpinan Rasulullah SAW, kini kita sendiri menyedari bahawa tanah air kita ini sudah terlalu lama dirosakkan oleh individu/parti politik yang rakus dengan kuasa dan kepentingan diri yang mengatasi kepentingan rakyat.

5. Pemimpin terus kaya-raya, manakala pengikut terus miskin. Kek kekayaan negara dijarah dibahagi sesama mereka di atas sana, sementara hanya sisanya untuk rakyat jelata.

6. Agama semakin lama semakin jauh dari diangkat dan didaulat. Tidak mustahil Islam hanya duduk terkunci dalam rumah dan masjid semata. Sedangkan hakikatnya Islam itu adalah Ad-Deen yang seharusnya menjadi tunjang dalam semua aspek kehidupan dan peradaban manusia.

7. Kuncinya kini adalah sebuah keberanian. Keberanian untuk mengubah yang lama kepada yang baharu. Berani untuk tidak lagi mengangkat pemimpin lama yang terpalit dakwaan salah laku di mahkamah, yang buruk akhlaknya, yang melawan agama, yang hanya mementingkan kuasa dan perut sendiri.

Salam Maulidur Rasul 1443H

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan
BERJASA Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button