Pendapat

Rasulullah SAW kiblat keunggulan dan kemanusiaan

Letakkan keperibadian Rasulullah SAW sebagai kompas jadi manusia hebat

SAYA ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia selamat menyambut Maulidur Rasul.

Saya juga ingin mengajak kita semua untuk meletakkan keperibadian Rasulullah SAW sebagai kompas dan neraca utama dalam menjadi seorang manusia yang hebat, unggul dan cemerlang.

Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai kiblat dalam pembentukan syakhsiah dan pembinaan jati diri sebagai seorang manusia yang mulia, unggul dan berjiwa besar.

Ketahuilah setiap detik dalam kehidupan baginda adalah detik yang cukup berharga, kerana ia mengandungi segala makna kebaikan yang diadun dengan kecintaan, kemuliaan, ketinggian dan perhambaan.

Semakin dekat cara hidup kita dengan hidup Rasulullah SAW, semakin tinggi nilai kehidupan kita di sisi Allah SWT.

Justeru, marilah kita menzahirkan cinta kepada junjungan besar kita dengan meletakkan hidup kita dalam warisan nubuwwah yang ditinggalkan oleh Baginda SAW, iaitulah tanggungjawab ‘khilafah’ yang mesti dilaksanakan bagi menegakkan agama, dan memanusiakan manusia.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sohbihi wa sallim

Salam Maulidur Rasul 1443H

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button