Berita Utama

Tiada Muafakat Nasional di PRN Melaka

Pendirian PAS dalam MN masih kekal dan tidak berubah

BANGI, 12 Rabiulawal 1443H, Selasa – Pendirian PAS dalam Muafakat Nasional (MN) masih kekal dan tidak berubah walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada kerjasama politik antara kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata, tiada keputusan rasmi daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung perkara tersebut dan akan terus kekal dengan keputusan berkenaan.

“Setakat hari ini, keputusan daripada MKT tidak ada pun sebut begitu (tiada MN pada PRN Melaka). Jadi, kita pakai keputusan rasmi itu. Jangan memecahbelahkan kami,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Baru-baru ini Ahmad Zahid menyatakan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun PAS dalam PRN Melaka, sebaliknya akan bersendirian.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN Melaka.

Dalam masa sama, Idris berkata, pendirian utama PAS kini adalah memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berkuasa di Melaka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button