Berita UtamaDunia

Maghribi tangguh penerbangan terus ke Britain, Jerman dan Belanda

Jerman, Finland dan Ireland antara negara paling tak selamat untuk melancong

RABAT, 13 Rabiulawal 1443H, Rabu – Pihak berkuasa Maghribi akan menangguhkan penerbangan terus dengan Britain, Jerman dan Belanda atas faktor COVID-19 mulai esok, lapor Reuters.

Maghribi baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan mengenakan syarat wajib vaksin untuk akses ke tempat awam dan perjalanan antara bandar setelah ia menginokulasi sebahagian besar penduduk dewasa.

Setakat ini, Maghribi telah memberikan dua dos vaksin COVID-19 kepada 21 juta orang daripada populasi 36 juta, dan sudah melancarkan program dos ketiga.

Di United Kingdom (UK), kes COVID-19 harian melebihi 40,000 selama tujuh hari berturut-turut, dengan 43,738 jangkitan baru dilaporkan semalam dan jumlah pesakit di hospital meningkat 10 peratus dalam seminggu menjadi 7,749 pada hari Isnin.  

223 kematian turut dicatatkan, jumlah terbesar sejak Mac.

Minggu lalu Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah (ECDC), yang merupakan agensi kesihatan awam rasmi Kesatuan Eropah (EU), mendedahkan bahawa keadaan COVID-19 telah bertambah buruk di Jerman, Finland dan Ireland yang menjadikannya antara negara paling tidak selamat untuk melancong. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button