Berita UtamaDunia

Rejim haram Israel diberi kebenaran geledah rumah Palestin tanpa waran mahkamah

Peraturan baharu membolehkan polis Israel bertindak ganas dan kejam

TEBING BARAT, 13 Rabiulawal 1443H, Rabu – Kerajaan negara haram kini memberi kebenaran kepada rejimnya memasuki dan menggeledah rumah penduduk Palestin dengan alasan mengekang kadar jenayah tinggi.

Langkah terbaharu itu diperkenalkan selepas Kabinet meluluskan dengan memberi kebenaran kepada pasukan polis untuk menggeledah kediaman penduduk Palestin tanpa waran sekiranya mereka mendapati penduduk terlibat dengan kesalahan atau jenayah.

Rang Undang-Undang berkenaan yang diusulkan oleh Gideon Saar itu mengarahkan pasukan tentera perisik yang dikenali Shabak atau Shin Bet memasuki bandar dan perkampungan Palestin sebagai langkah memerangi jenayah kawasan berkenaan.

Sementara itu, pengasas Adalah, organisasi Pertahanan Undang-Undang Palestin, Hassan Jabareen berkata, peraturan baharu itu bakal menimbulkan kekacauan apabila membolehkan pasukan keselamatan negara Zionis itu menggeladah mana-mana rumah sesuka hati.

“Mereka berpeluang memasuki rumah penduduk di setiap kawasan dan dibenarkan menembak atau membunuh penduduk,” kata Hassan kepada Al –Jazeera.

Tegas beliau, keadaan itu menambahkan kemarahan rakyat apabila menyebabkan tiada kawalan kehakiman berikutan tindakan menggeledah rumah penduduk Palestin.– Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button