Berita Utama

Sarawak terus catat trend peningkatan kes baharu

Jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 252,087

KUCHING, 5 Rejab 1443H, Isnin – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak terus menyaksikan trend peningkatan ketara apabila 84 kes dicatatkan hari ini berbanding 58 yang dicatatkan semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, 83 daripada kes baharu ini membabitkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan, manakala satu kes lagi melibatkan jangkitan paru-paru.

Sebanyak 45 kes dilaporkan di daerah Kuching, diikuti Sibu dengan 20 kes, Miri (sembilan), Serian (empat), Song (tiga), Bintulu (dua) dan Samarahan (satu), tiada kes baharu dilaporkan di 33 daerah lain di Sarawak.

Penambahan kes yang direkodkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini adalah 252,087. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button