Berita Utama

94.2 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin

97.3 peratus individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

KUALA LUMPUR, 14 Rabiulawal 1443H, Khamis – Seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 256,497 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,437,608 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,218,000 atau 38.7 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 79.7 peratus atau 2,509,535 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button