Berita UtamaDunia

Korea Selatan lancar roket buatan sendiri ke angkasa lepas

Dibangunkan sedekad lalu dengan kos RM6.7 trilion

GOHEUNG, 14 Rabiulawal 1443H, Khamis – Korea Selatan secara rasmi melancarkan roket buatan sendiri ke orbit sebagai tanda kemajuan utama dalam perancangan penerokaan angkasa negara itu.

Roket KSLV-II Nuri yang memaparkan bendera Korea Selatan itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Naro, kira-kira 500 kilometer dari bandar tersebut.

Dengan muatan lebih satu tan ke angkasa lepas dari Kenderaan Pelancar Satelit Korea II berjaya membawa muatan seberat 1.5 tan ke orbit dari tapak pelancaran di Goheung.

Roket Nuri yang bermaksud dunia itu telah dibangunkan sejak sedekad lalu dengan kos perbelanjaan sebanyak dua trilion won (RM6.7 trilion).

Roket tersebut seberat 200 tan dengan 47.2 meter panjang dan bakal digerakkan dengan enam enjin.

Korea Selatan sebelum ini pernah melancarkan misi ke angkasa lepas pada 2009 dan 2010 dengan bantuan Russia, namun gagal.

Dengan memiliki roket sendiri akan memberi Korea Selatan fleksibiliti untuk menentukan jenis muatan dan jadual pelancaran selain memberi manfaat kepada syarikat negara itu.

Seoul menzahirkan harapan agar program angkasa lepas terbaharu ini membuka jalan kepada pelaburan lebih tinggi dalam bidang tersebut dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak berkaitan termasuk Elon Musk dari SpaceX.

Korea Selatan menjadi negara ke-12 yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia, terutamanya dalam sektor teknologi, termasuk telefon pintar.

Namun, negara itu sedikit ketinggalan dalam sektor penghasilan kapal angkasa lepas berbanding negara Asia lain seperti China, Jepun dan India. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button